kerana diriku dan dirimu begitu berharga

Thursday 20 August 2015

macaroon senang je buat nye :P


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,,xjawap dose,,,hehe

okey seperti yang dijanji kan moh le kite share skit resepi buat mcaroon yang aku rase agak senang la jugak,,tapi kalau nk lag senang order jekla,,hahha hrni bayar luse dh dapat,,hihi ok jom3 kite tgk ape bnde yang nak kene buat,,zasss


bahan2:
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

  • Sebelum kita mula, sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.
  • Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. 
  • Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu (agak2 je)
  • Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. 
  • lagi senang kalau kita guna baking paper sebab senang tanggalkan macaroon tu.
  • Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak  lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ok
 cara2:

  1. Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
  2. pukul putih telur hingga kembang  menggunakan mixer  berkelajuan max.
  3. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh.
  4. Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  5. Kemudian boleh lah kita letak pewarna.
  6. Masukkan adunan tadi kedalam piping beg.
  7. picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
  8. Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron betol2 kering  bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
  9. Panaskan oven 140c-150c mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
  10. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
  11. Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk
  12. Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka


haaa camtu jekla,,nampak step die mcm banyak kan,,,tp kalau sekali baca jek pon dh bleh faham rase senang jek kan,,hihhiih iollsss blom try lg,,tgh amek mood dllu nk buat macaroonn,,ngeh3,,,

ok selamat mencuba,,,sebelum terlupa,,iollss jmpe resepi ni dr blog ini,,memnag suke resepi2 dari blog akak ni,,banyak sgt resepi yang sedap2 n best,,kalau nk tgk resepi lebih detail korang bleh terjah blog tu..hihhihi okeh la,, penat plk type bnyak2 ni,,nk rehatkan jarijemari,,kueng3 okbaiiii

No comments:

Post a Comment